Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazon Sedang Membangunkan Peranti Yang Boleh Membaca Emosi Manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazon Sedang Membangunkan Peranti Yang Boleh Membaca Emosi Manusia

Pernah atau tidak anda sembunyikan emosi sebenar anda? Misal kata anda dalam keadaan sedih atau sendu dan di pejabat anda berpura-pura segalanya baik sahaja. Kelak anda mungkin akan lebih berterus terang dengan orang ramai, kerana Amazon sedang membangunkan peranti yang boleh membaca emosi manusia dengan fungsi arahan suara. Kemudian, peranti ini mungkin turut boleh menasihati pengguna untuk lebih berinteraksi dengan orang ramai dan bukan berdiam diri sahaja.

Pasukan Amazon yang bertanggungjawab dengan projek ini adalah dari pasukan Fire, Echo dan juga Alexa. Peranti ini adalah sejenis peranti boleh pakai yang direka untuk diselarikan pada telefon pintar. Ia turut akan mempunyai mikrofon yang digabungkan dengan perisian yang boleh mengecam emosi pengguna berdasarkan suara sahaja.

Buat masa ini, peranti ini masih lagi dalam pembangunan dan tidak pasti bila ia akan hadir kepada umum. Kod nama projek ini adalah ‘Dylan‘ dan tidak lama lagi  akan ada program ujian beta. Peranti ini akan berada dalam kategori penjejak kesihatan dan Amazon sudah pun mempatenkan perisian pengecaman suara pada tahun 2017 yang boleh mengenalpasti emosi seperti kegembiraan, kemarahan, kesedihan, kesedihan, ketakutan, jijik, kebosanan, tekanan dan banyak lagi.

Jika penjejak kesihatan seperti Mi Band yang hanya boleh mengimbas nadi, jarak perjalanan, kalori sudah klise – kelak peranti boleh pakai ini akan mampu membaca emosi pula. Sama-sama kita nantikan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2M2HrfQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.