Spotify Kini Hadir Dengan ‘Sleep Timer’ – Pemasa Menghentikan Muzik Yang Dimainkan
Spotify kerap menguji pelbagai fungsi baharu melalui aplikasi mereka. Contohnya sebelum ini mereka hadir dengan fungsi seakan Instagram Stories, Storyline, mod untuk kereta, podcast dan banyak lagi. Terkini Spotify telah hadir dengan satu fungsi baharu yang pasti akan digunakan ramai.
Fungsi ini adalah ‘Sleep Timer‘. Ia adalah pemasa yang pengguna boleh tetapkan untuk menghentikan muzik yang dimainkan. Ini amat sesuai digunakan bagi mereka yang gemar mendengar muzik sebelum tidur. Jadi, dengan masa tertentu yang telah ditetapkan – Spotify akan terus menghentikan muzik dan tidak akan memainkan muzik secara rawak.
Fungsi ini dilihat hadir buat pengguna Android terlebih dahulu. Kemaskini ini dilihat hadir dari bahagian pelayan, kerana di Google Play Store pada peranti saya tiada kemaskini Spotify yang terbaru. Versi Spotify yang saya gunakan adalah v8.5.8.503.
Muat Turun Spotify untuk Android
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HzhCjg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment