Nokia 3.2 Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499
HMD Global hari ini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 3.2. Melalui telefon pintar ini, ia dilihat memfokuskan penawaran skrin besar bersama-sama masa penggunaan bateri yang lama.
Nokia 3.2 hadir dengan skrin 6.26-inci HD+, dijana cip Snapdragon 429, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh – dikatakan mampu menawarkan masa penggunaan selama 2 hari lamanya.
Untuk rakaman gambar, Nokia 3.2 menggunakan kamera belakang 13-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel yang turut menyokong nyah-kunci berasaskan wajah. Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan radio FM bersama dengannya.
Bagi anda yang berminat mendapatkan telefon pintar Nokia 3.2 ini, ia boleh didapati pada harga RM499 melalui pengedar rasmi HMD Global seluruh negara.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VKw4c7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment