Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kamera OnePlus 7 Pro Dikatakan Tidak Membawa Keupayaan Zoom Optikal 3x Sebenar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kamera OnePlus 7 Pro Dikatakan Tidak Membawa Keupayaan Zoom Optikal 3x Sebenar

Selain memfokuskan kepada kelajuan, OnePlus 7 Pro turut memfokuskan kepada keupayaan kamera, dengan menyertakan kebolehan zoom optikal sebanyak 3x. Namun beberapa pengguna melaporkan keupayaan kamera zoom optikal ini sebenarnya tidak tepat, seperti apa yang dipasarkan oleh pihak OnePlus.

Perkara ini dilaporkan oleh salah seorang pengguna Reddit yang menyedari keupayaan kamera zoom ini tidak konsisten pada sejumlah mod kamera. Keupayaan zoom ketika di dalam Portrait Mode memaparkan pandangan yang lebih luas berbanding menggunakan mod “3x zoom”. Untuk pengetahuan, Portrait Mode pada OnePlus 7 Pro menggunakan kamera zoom optikal secara sepenuhnya, sekaligus memberi pandangan zoom optikal yang sebenar.

Pengguna tersebut turut melaporkan fungsi “zoom 3x” ini hanya dirakam dalam resolusi 8MP, berbanding Portrait Mode yang sedia menyimpan gambar dalam resolusi 13MP. Bermakna, sensor telefoto ini sebenanya mampu mencapai resolusi 13MP, dan diturunkan kepada 8MP bagi membolehkan “zoom 3x” ini dicapai melalui proses potongan (crop).

Setelah meniliti hasilan ini, OnePlus 7 Pro sebenarnya hanya mencapai zoom sebanyak 2.2x berbanding 3x.

Perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru pada peranti OnePlus, kerana ia turut terkesan pada peranti OnePlus 5. Pada peranti tersebut, Carl Pei akhirnya menjelaskan ia hanya mencapai zoom optikal sebanyak 1.6x (berbanding 2x), dan selebihnya (0.4x) dioptimasikan melalui teknologi SmartCapture.

Fungsi ini tidaklah memberi isu yang besar kepada pengguna, cuma ia sepatutnya diberitahu di dalam penerangan yang lebih jelas. Dengan penggunaan peranti OnePlus yang majoritinya daripada golongan yang celik teknologi, perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana mereka sering mengutamakan ketepatan dalam penjelasan sesebuah teknologi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2X3KMfA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.