Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple MacBook Pro 16″ Dan iPad Pro Dilaporkan Akan Menggunakan Panel OLED Keluaran Samsung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple MacBook Pro 16″ Dan iPad Pro Dilaporkan Akan Menggunakan Panel OLED Keluaran Samsung

Tidak banyak komputer riba di pasaran menggunakan skrin OLED walaupun ia kini menjadi kebiasaan pada telefon pintar. Ini adalah kerana panel OLED adalah jauh lebih mahal berbanding LCD yang digunakan sekarang. Terkini terdapat ura-ura Apple akan menggunakan panel OLED keluaran Samsung pada MacBook Pro 16″ dan iPad Pro baharu.

Ini adalah menurut laporan laman media Korea Selatan The Elec. Penggunaan panel ini pastinya memberikan paparan yang lebih terang dengan ketepatan warna yang lebih tinggi. Laporan ini walau bagaimanapun bercanggah dengan ramalan Ming Chi Kuo pada April lalu yang mengatakan teknologi Mikro LED akan digunakan.

Pada Januari lalu, Samsung telah memperlihatkan skrin OLED 15.6″ yang menyokong resolusi 4K. Bagi mereka yang mungkin tidak sabar menunggu, Lenovo dan Dell akan menghasilkan komputer riba dengan skrin OLED tetapi setahu kami ia masih belum dipasarkan di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JACvgn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.