Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kem Menjadi Personaliti YouTube Mula Ditawarkan Untuk Kanak-Kanak Di Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kem Menjadi Personaliti YouTube Mula Ditawarkan Untuk Kanak-Kanak Di Amerika Syarikat

Semasa kami membesar di dekad 90an dahulu, kami kerap dihantar ke Kem Musim Panas untuk belajar hidup berdikari. Di kem-kem ini kami belajar memasang khemah, menghidupkan api, menggunakan kompas dan menjadi lebih berdikari. Sesuai dengan peredaran zaman, kem-kem musim panas kini menawarkan program melatih kanak-kanak menjadi personaliti YouTube yang berjaya.

Antara kem yang wujud di Amerika Syarikat ialah Digital Media Academy dan YouTube Star Creator Studio yang mengenakan bayaran $1000 seminggu. Mereka mengajar cara menghasilkan video untuk YouTube, video pendek untuk platform seperti TikTok, bagaimana untuk menjadi tular, bagaimana menghasilkan ulasan produk dan teknik menstrim permainan video.

Kem-kema ini dibuka kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun. Ibu-bapa mula menyedari menjadi personaliti YouTube adalah kerjaya yang boleh mendatangkan keuntungan dan latihan dari awal akan memberikan anak-anak mereka kelebihan untuk berjaya.

Ini tidak mengejutkan kerana YouTuber terkaya tahun lalu ialah Ryan Toys Review yang menjana pendapatan RM92 juta dengan hanya mengulas alat permainan walaupun baru berusia tujuh tahun.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2YMFEgt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.