AMD Mengumumkan Pembangunan Adikomputer Frontier Dengan Kelajuan 1.5 Exaflop
Pada Mac yang lalu Intel mengumumkan projek Aurora yang merupakan adikomputer pertama dunia dengan kelajuan 1 exaFLOP. Ia dijangka akan siap dibina menjelang 2021 dengan kerjasama Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE). Ia bakal dipintas pula oleh Frontier, adikomputer yang dibina oleh AMD dengan kelajuan mencecah 1.5 exaFLOP.
Frontier akan dibina oleh Cray Inc yang menggunakan 100 kabinet Shasta dengan CPU AMD EPYC CPUs dan GPU Radeon Instinct. Cray Inc ialah syarikat yang sama membina Aurora dengan kabinet Shasta cuma menggunakan komponen Intel. Apabila mula beroperasi pada tahun 2022, Frontier akan diletakkan di Oak Ridge National Laboratory (ORNL).
Dengan kuasa memproses yang tinggi Frontier akan digunakan bagi penyelidikan di dalam tujuan pengiraan matematik rumit. simulasi, model, ramalan cuaca, fizik struktur sub-atom dan genom manusia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2LBLr6Y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment