HTC Mungkin Menarik Dari Dari Pasaran China Pula
Sejak dua tahun kebelakangan ini kedudukan kewangan HTC adalah tidak memberangsangkan kerana jualan peranti yang jatuh mendadak. Antara pelan penstrukturan yang dilakukan ialah menjual sebahagian pasukan pembangunan peranti mereka kepada Google yang kini menghasilkan peranti Pixel. Terkini terdapat laporan mereka akan menarik diri pula dari pasaran China.
Peranti keluaran HTC tidak lagi ditawarkan di kedai atas talian seperti JD.com dan Tmall. Hanya sebahagian peranti dijual menerusi portal rasmi HTC dan juga Vive pada waktu ini. Laman Weibo rasmi mereka pula mengeluarkan kenyataan sedang menimbangkan strategi perniagaan mereka di China. Penarikan dari pasaran China pastinya mendatangkan impak besar kerana sebelum ini mereka telahpun mengecilkan skop pemasaran dari pasaran India yang merupakan kedua terbesar di dunia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WBFDLL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment