Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunyi Kini Boleh Difokuskan Seperti Cahaya Menggunakan Lensa Metabahan Akustik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunyi Kini Boleh Difokuskan Seperti Cahaya Menggunakan Lensa Metabahan Akustik

Pada tahun 2019 kami mula mengetahui kewujudan metabahan (metamaterial) selepas ia digunakan untuk menghasilkan sistem pembatalan hingar pasif. Metabahan kini telah digunakan pada “lensa bunyi” yang membolehkan audio difokuskan seperti cahaya. Audio dari pembesar suara boleh difokuskan kepada seorang individu tanpa ia didengari oleh insan lain yang bersebelahan.

Sistem Vari-Sound telah dibangunkan oleh penyelidik dari University of Sussex dan University of Bristol. Seperti lensa optik, “lensa bunyi” Vari-Sound boleh difokuskan untuk mensasarkan individu tertentu. Dua lensa audio yang dibina menggunakan metabahan diletakkan di hadapan sebuah pembesar suara konvensional. Dengan mengubah jarak fokus, audio boleh dihalakan mengikut kehendak pengguna.

Penggunaannya di dunia sebenar ialah untuk mengelakkan pencemaran bunyi dari pembesar suara. Bunyi akan dapat disalurkan ke satu “alur” audio yang tidak boleh didengari oleh pengguna diuar kawasan tertentu. Ini amat berguna untuk TV di rumah misalnya dengan audio perlawanan bola hanya didengari oleh penonton tetapi tidak akan mengganggu anak yang sedang tidur.

Ia juga boleh digunakan pada speaker pintar yang mendengar audio dari arah tertentu sahaja tidak seperti mikrofon semasa yang menangkap audio dari kesemua arah sehingga mengakibatkan kecelaruan pembantu maya.

Sumber ACM menerusi New Atlas



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Vs6xJi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.