Instagram Akan Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Membuang Kandungan Dakyah Anti Vaksinasi
Beberapa bulan lalu, kami ada melaporkan bahawa pihak Facebook dan Instagram akan cuba sedaya upaya untuk mengekang penyebaran berita palsu vaksinasi.
Terkini, pihak Instagram dikatakan akan menggunakan tanda pagar (hashtag) dan pembelajaran mesin untuk mencari kandungan yang dilihat menyebarkan dakyah anti vaksinasi ini.
Menurut Instagram, kandungan anti vaksinasi ini biasanya akan tiba dengan tanda pagarnya sendiri, dan Instagram, dengan kepakaran mereka akan menggunakan pembelajaran mesin untuk mengesan jika kandungan yang dikaitkan dengan tanda-tanda pagar tertentu mengandungi berita palsu mengenai vaksinasi.
Daripada situ, pihak Instagram akan melihat jumlah kandungan anti vaksinasi yang berkait dengan tanda pagar tersebut, dan jika nilainya adalah tinggi, pihak Instagram akan terus mengharamkan tanda pagar tersebut, dan membuang kandungan anti vaksinasi tersebut.
Walaupun begitu, Instagram turut akan membenarkan pengguna yang mendapati kandungan mereka dibuang akibat kempen anti vaksinasi untuk merayu supaya kandungan tersebut dikembalikan semula jika ia dibuang secara silap.
Instagram juga dikatakan akan memperkenalkan satu ciri dimana semua carian mengenai vaksinasi akan memberi pengguna pautan yang berguna dan berkualiti tinggi untuk menunjukkan kebaikan dan keberkesanan vaksinasi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2LIwa4q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment