Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oracle Cloud Solution Hub Ingin Membantu Syarikat Untuk Beralih Kepada Teknologi Awanan Terkini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oracle Cloud Solution Hub Ingin Membantu Syarikat Untuk Beralih Kepada Teknologi Awanan Terkini

Oracle Malaysia (OM) telah melancarkan Oracle Cloud Solution Hub yang ingin meningkatkan proses pendigitalan syarikat perniagaan di rantau Asia Pasifik. Menerusi pelaksanaan ini, OM akan bergerak secara aktif dengan memenuhi 150 peruntukan teknologi dan melatih lebih ramai perunding awan yang berpengalaman.

Seterusnya, Oracle Cloud Solution Hub ini turut akan membantu mana-mana organisasi khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memahami pembentukan operasi dengan memanfaatkan pemahaman terhadap teknologi seperti kecerdasan buatan, peranti berhubung, dan data analisis untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka. Selain itu, hab ini juga bertujuan untuk memberi tumpuan kepada Industri 4.0 yang giat menggunakan teknologi awanan. Perkara ini bagi membolehkan lebih banyak perusahaan menggunakan pelbagai aplikasi yang inovatif dan bersesuaian dengan operasi mereka.

Ignatius Darell Leiking, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menyatakan bahawa hab awanan ini ia mampu mengubah rentak ekosistem perniagaan. Oleh itu, penyelarasan kerjasama Oracle dan InvestKl telah dijalankan bagi mengalakkan daya saing antara perniagaan tempatan dengan perniagaan global.

Untuk makluman anda, Oracle turut menyediakan sokongan teknologi kepada sektor pendidikan di Malaysia menerusi Akademi Oracle. Ia bertujuan memajukan segmen pendidikan dalam pengkomputeran bagi meluaskan pengetahuan serta meningkatkan kemahiran pada industri teknologi digital. Hampir 60 institusi pendidikan telah berdaftar dengan pihak Oracle dan telah mencapai lebih daripada 45,000 pelajar di seluruh Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VsrWlz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.