Hi! Welcome Back and Stay Tune! Android Q Menyertakan 230 Emoji Baru – Termasuk 53 Emoji Manusia Yang Tidak Memihak Kepada Mana-Mana Jantina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Android Q Menyertakan 230 Emoji Baru – Termasuk 53 Emoji Manusia Yang Tidak Memihak Kepada Mana-Mana Jantina

Google telah menyertakan sejumlah emoji baru melalui perkenalan Android Q Beta 3 pada tempoh hari. Ia membawakan sebanyak 230 emoji baru yang mana ia dibina berasaskan Emoji 12.0.

Android Q telah menyertakan sejumlah emoji seperti ‘smiley‘ yang sedang menguap, titisan darah, dan pakaian berupa Saree. Ia juga menyertakan emoji flamingo, titisan darah, bentuk hati dalam warna putih, dan pelbagai emoji yang menarik lagi.

Emoji 12.0 juga meraikan perbezaan jenis manusia dengan lebih efektif, selain memperkasakan golongan kelainan upaya. Ia menawarkan sebanyak 53 emoji manusia yang tidak memihak kepada jantina lelaki dan perempuan. Sejumlah emoji kelainan upaya turut hadir seperti emoji orang berkerusi roda, emoji bahasa isyarat, dan emoji alat pendengaran.

Kesemua emoji yang ditawarkan ini telah sedia didapati pada Android Q menerusi beta 3. Ia dijangka akan turut disertakan pada versi akhir Android Q yang bakal diperkenalkan pada Ogos tahun ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DYD2Ek

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.