Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Saman Ke Atas Apple Kerana Pepijat FaceTime Berkumpulan Telah Ditolak Mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Saman Ke Atas Apple Kerana Pepijat FaceTime Berkumpulan Telah Ditolak Mahkamah

Pada awal Januari tahun ini pepijat pada FaceTime mengakibatkan audio boleh didengari oleh pemanggil walaupun penerima belum lagi mengangkat panggilan video. Apple pantas mematikan fungsi FaceTime buat sementara waktu bagi membolehkan kerentanan sekuriti yang serius ini ditampal. Tetapi mereka telahpun disaman oleh seorang peguam yang mendakwa beliau telah diintip disebabkan oleh pepijat ini.

Mahkamah di Houston telah menolak saman yang difailkan oleh Larry Williams II semalam. Ini adalah kerana mereka mendapati William II gagal membuktikan Apple mengetahui wujudnya pepijat ini dan merahsiakannya dari pengguna. Beliau juga gagal membuktikan Apple boleh mengagak privasi pengguna boleh diintip seperti yang berlaku di dalam FaceTime.

Pepijat ini telah berjaya ditampal oleh Apple menerusi kemas kini iOS 12.1.4 yang diberikan pada 8 Februari 2019. Pada waktu yang sama Apple turut telah memohon maaf kepada pengguna yang terkesan akibat pepijat ini serta tiadanya sokongan FaceTime berkumpulan selama lapan hari.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2YqqJZl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.