7 fakta menarik tentang klimaks yang ramai para isteri tidak tahu
Sama ada anda baru berkahwin atau sudah 10 tahun berkahwin, ramai wanita yang tidak sedar tentang 7 fakta menarik mengenai klimaks ini!
amai wanita tidak sedar tentang 10 fakta mengenai klimaks wanita ini!
Sama ada anda tengah honeymoon atau sudah berkahwin selama 10 tahun, hubungan intim yang sihat amat penting dalam perkahwinan. Hubungan intim ini bermaksud anda tahu apa keinginan suami, malah anda juga sedar tentang keinginan diri anda. Sebab itu hari ini, kami membawakan kepada pembaca tentang fakta menarik mengenai klimaks wanita ini.Tiada apa yang lebih menyeronokkan melain anda tahu tentang keperluan anda, dan anda mencapainya dengan rasa orgasme yang sungguh istimewa ini! 😛
Jadi jom tengok, apakah 7 fakta tentang klimaks wanita atau orgasme yang anda tidak tahu selama ini:
7 fakta tentang klimaks wanita yang akan panaskan aksi anda di ranjang
Fakta klimaks wanita #1. 70% wanita mencapai klimaks apabila dirangsang di klitoris
Oleh sebab klitoris mempunyai hampir 8,000 saraf, patutlah wanita lebih cepat mencapai kepuasan apabila dirangsang di klitoris.Klimaks kerana dirangsang di klitoris sebenarnya amat berbeza dari rangsangan di vagina. Tapi, isteri boleh mencapai kedua-dua pengalaman ini jika mereka berusaha.
Caranya? Ketika anda ingin bersetubuh, cuba ambil tempat di sudut katil. Angkat bahagian punggung anda sebelum suami memulakan dayungan.
Dengan cara ini, anda akan mencapai blended orgasm – rasa puas kerana dirangsang di klitoris dan vagina. Cubalah!
Fakta klimaks wanita #2. Makin meningkat usia, makin puas isteri akan rasa
Sekarang kita ada sebab yang kukuh untuk berbangga semakin tua 😛Menurut Dr. Debby Herbenick, seorang pengkaji seks, kepuasan seorang isteri akan meningkat seiring dengan umurnya.
Hanya 61% wanita dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun mengaku pernah mencapai orgasma. Namun, jumlah itu makin meningkat kepada 65% untuk wanita berusia 30-an dan 70% untuk wanita berumur 40-an dan 50-an.
Fakta klimaks wanita #3. Keyakinan diri isteri menentukan rasa puas
Kajian mendapati, semakin yakin seorang wanita itu dengan kulit dan bentuk badannya, semakin mudah untuk dia berasa puas.
Hal ini mungkin kerana kepuasan dalam berhubungan bukan melibatkan sentuhan fizikal saja. Sebaliknya, kesihatan mental dan emosi juga memainkan peranan.
Jadi isteri-isteri, kalau anda mahu rasa lebih puas jika berintiman, cuba yakinkan diri anda dulu, ya!
Fakta klimaks wanita #4. Klimaks wanita boleh merawat sakit badan!
Sebuah kajian mendedahkan yang orgasma atau klimaks wanita bukan saja bagi anda tahap kepuasan yang tidak ternilai, malah ia juga boleh merawat sakit badan!47% subjek kajian mendedahkan orgasma lebih berkesan berbanding painkiller apabila merawat sakit kepala.
Seorang jururawat dari LA pula mendapati, orgasma mungkin boleh mengubat sakit urat, sakit selepas pembedahan dan sakit ketika ingin bersalin!
Fakta klimaks wanita #5. Orgasma boleh bertahan selama 20 saat
20 saat saja? Atau selama 15 minit dengan teknik yang betul ini!Dalam banyak-banyak fakta, fakta no #5 ini kami yakin pasti akan buat anda gembira. Nak capai orgasma senang saja.
Pertama sekali, suami perlulah mencari titik G-spot anda. Titik G-spot setiap wanita berbeza.
Fakta klimaks wanita #6. Anda masih boleh puas jika dirangsang dengan ciuman atau di puting
Penetrasi bukan satu-satunya cara untuk mencapai orgasma. Rangsangan lain seperti ciuman, cuddle dan rangsangan di puting juga terbukti mampu buat isteri lebih puas!Apa yang penting adalah ibu-ibu di luar sana kena kenal diri mereka sendiri dan mengetahui rangsangan bagaimana yang mereka inginkan.
Fakta klimaks wanita #7. Semua isteri pernah “berlakon puas” SEKALI seumur hidup
Jangan risau. Kalau anda tidak pernah mencapai rasa puas ini dan terpaksa “berlakon” seolah-olah mencapainya, anda tidak keseorangan.Ramai isteri di luar sana yang berbuat demikian. Hal ini mungkin sebab isteri nak jaga maruah suami, ataupun isteri itu sendiri pun sudah penat dan tidak mahu berhubungan.
Apapun, kami mengharapkan 7 fakta menarik ini memberi sedikit manfaat buat hubungan intim anda suami isteri!
Kredit kepada pemilik laman asal theasianparent.com
Sumber pautan : https://my.theasianparent.com/klimaks-fakta-menarik.
Post a Comment