Grab Akan Memulangkan Semula Komisen Berlebihan Yang Dikenakan Pada Pemandu
Dua minggu lalu Kementerian Pengangkutan mengingatkan syarikat seru-pandu supaya tidak mengenakan komisen melebihi 20% seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Peringatan diberikan selepas beberapa syarikat seru-pandu dilihat mengenakan komisen yang yang lebih tinggi ke atas pemandu mereka.
Menurut laporan The Star, Grab akan memulangkan semula komisen tambahan 5% yang dikenakan oleh mereka ke atas pemandu yang melakukan penerimaan tempahan seru-pandu secara manual selepas 11 Julai. Komisen ini akan dipulangkan bermula 5 Ogos. Bagi memastikan kesaksamaan, kini semua pemandu diwajibkan menerima kesemua seru-pandu secara automatik.
Grab berkata hampir 20% pemandu memilih menerima tempahan secara manual. Komisen tambahan 5% diperkenalkan oleh Grab bagi melindungi dan memberikan pampasan kepada pemandu lain apabila tempahan dibatalkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K8OGP5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment