Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panduan Cara Masak Spaghetti Carbonara-Pasti Sangat Sedap! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panduan Cara Masak Spaghetti Carbonara-Pasti Sangat Sedap!

Kami sediakan panduan yang lengkap cara masak spaghetti carbonara yang lengkap!

Jika anda peminat spaghetti, suda pasti spaghetti carbonara merupakan salah satu makan kegemaran anda. Bagaimana pula dengan cara memasaknya? lagi bagus jika anda boleh membuatnya sendiri di rumah, bukan?

Makan di kedai, memerlukan kos yang tinggi, bagaimana jika anak anda atau ahli keluarga anda teringin memakannya 2 atau 3 kali semiggu?

Cara terbaik adalah dengan memasaknya sendiri di rumah. Jangan risau, kami akan sediakan panduan lengkap akan cara memasak spageti carbonara yang lengkap khas untuk anda.

Bahan-Bahan

  • 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 1 biji bawang besar  (potong dadu)
  • Serbuk lada hitam
  • Mixed herb

Ada banyak contoh mix herb, boleh gunakan mana-mana jenama yang sesuai.

  • 500 gram daging/ayam kisar (daging atau ayam dipotong halus tanpa tulang)

  • 2 keping cheese

Hanya gunakan sekeping cheese sahaja.

  • 1 Tin Pregio Carbonara

  • lebih kurang 100-200ml Susu segar@fresh milk

Apa-apa jenama susu segar pun boleh!

  • setengah ketul butter cup (1/2 ketul)

Gunakan hanya separuh sahaja dari buttercup!

  • Serbuk lada hitam
  • Minyak Olive

Cara-cara memasaknya:

Cara memasaknya dibahagikan kepada 2 cara iaitu cara rebus spaghetti dan cara menyediakan kuah carbonara.

1. Cara rebus spaghetti:

  • Gunakan bekas yang dalam (boleh menenggelamkan spaghetti sepenuhnya)
  • Masukkan air sehingga penuh
  • Masukkan garam bagi memberikan sedikit rasa masin pada pasta
  • Didihkan air bersama garam terlebih dahulu
  • Semasa air telah mendidih, masukkan pasta
  • Sentiasa rasa kekenyalan pasta semasa merebusnya. Pasta yang baik tidak terlalu lembut dan masih ada sedikit kenyal jika anda merasainya.
  • Apabila pasta telah masak, pindahkan ke bekas lain, gaulkan dengan sedikit olive oil supaya pasta tidak melekat.

2. Cara memasak kuah carbonara:

  • Panaskan kuali
  • Masukkan separuh ketul buttercup
  • Masukkan dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
  • Masukkan daging cincang
  • Tumis sehingga daging bersama bawang tadi dalam 1-2 minit (sehingga daging masak). Jangan ambil masa yang lama kerana daging mungkin menjadi liat!
  • Pindahkan ke bekas lain.
  • Dengan menggunakan kuali yang sama (tidak perlu basuh), masukkan 1 tin mushroom carbonara. Gunakan api kecil
  • Tuangkan 100-200 ml susu segar, masukkan 2 keping cheese, sedikit mix herb, sedikit lada hitam.
  • Masukkan garam dan gula (separuh sudu teh garam dan 1 sudu teh gula). Perasakan mengikut citarasa anda.
  • Masukkan kembali daging+bawang tadi.
  • gaul sehingga mendidih
  • Siap!

Cara penyediaan:

  • Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam piring.
  • Tuang kuah carbonara di atas pasta tadi secukupnya
  • Gaul sebati
  • Kini, anda boleh merasainya!

 

 

The post Panduan Cara Masak Spaghetti Carbonara-Pasti Sangat Sedap! appeared first on InfoSantai.



✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yg7iHB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.