Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tesla Bakal Hadir Dengan Kemampuan Memainkan Perkhidmatan Penstriman Dalam Kenderaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tesla Bakal Hadir Dengan Kemampuan Memainkan Perkhidmatan Penstriman Dalam Kenderaan

Jika sebelum ini Tesla hadir dengan kemampuan untuk memainkan permainan video didalam kenderaan apabila ia sedang dicas, nampaknya Tesla akan memperkenalkan satu lagi ciri baru yang menggunakan paparan skrin besarnya.

Melalui satu siri kicauan, Elon Musk berkata bahawa kebolehan memainkan perkhidmatan penstriman video YouTube dan Netflix bakal hadir pada kenderaan-kenderaan Tesla tidak lama lagi.

Elon Musk mengatakan lagi bahawa pengalaman menggunakan perkhidmatan penstriman tersebut didalam Tesla adalah sangat baik kerana semua kereta Tesla hadir dengan tempat duduk yang selesa dan juga sistem pembesar suara yang berkualiti tinggi, disamping paparan skrin yang cukup besar.

Walaupun begitu, Elon Musk berkata bahawa buat masa ini, perkhidmatan YouTube dan Netflix hanya boleh diakses apabila kenderaan-kenderaan Tesla berada dalam keadaan pegun. Ini mungkin akan berubah apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat membenarkan teknologi swapandu digunakan oleh orang ramai di jalan raya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ylUJKF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.