DuitNow QR Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi – Satu Kod QR Untuk Menerima Bayaran Daripada Pelbagai Dompet Digital
PayNet sebelum ini telah pun memperkenalkan sokongan DuitNow yang memudahkan pengguna membuat transaksi dan pemindahan kepada rakan-rakan lain dengan mudah menggunakan hanya nombor telefon sahaja. Terkini, selain daripada penawaran berkenaan, PayNet juga dijangka bakal memperkenalkan sokongan DuitNow QR tidak lama lagi.
Melalui penggunaan DuitNow QR, ia akan menawarkan satu kod QR yang universal dan boleh digunakan untuk transaksi berasaskan imbasan QR yang popular dikalangan pengguna dompet digital pada hari ini. Langkah ini juga akan memudahkan para pekedai untuk memaparkan kod QR, dan tidak perlu memaparkan puluhan kod QR berbeza yang digunakan dompet digital berlainan.
Langkah ini juga pada masa yang sama akan memudahkan pengguna, sekaligus tidak lagi memerlukan pemasangan dompet digital berbeza untuk kedai-kedai yang lain – memandangkan kod QR yang diimbas adalah berbentuk universal.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah DuitNow QR ini akan diperkenalkan secara rasminya. Namun, melalui beberapa laman perbankan tempatan, mereka telah mengemaskini laman mereka menandakan DuitNow QR akan diimplementasikan tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OnZpuw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment