Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirAsia Bakal Hadir Dengan Penawaran Seumpama Grab Untuk Seru-Pandu Dan Tempahan Makanan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirAsia Bakal Hadir Dengan Penawaran Seumpama Grab Untuk Seru-Pandu Dan Tempahan Makanan?


Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna membuat tempahan seru-pandu ke destinasi, selain turut digunakan dalam membuat tempahan makanan dan beberapa perkhidmatan lain. Ia sebelum ini menerima persaingan sihat daripada Uber, namun selepas Grab dan Uber menyatukan perniagaan dan operasi di rantau Asia Tenggara, persaingan untuk Grab berkurangan secara drastik. Apa pun, ia mungkin berubah pada masa akan datang.

Tony Fernandes melalui akaun Instagram beliau berkongsi mengatakan kelak AirAsia akan mempunyai “Grab” versi mereka tersendiri.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan AirAsia, perkara ini mungkin tidak begitu mengejutkan. Mereka pernah berkongsi perancangan (*PDF) akan datang secara ringkas melalui pembentangan khusus sebelum ini, memperlihatkan AirAsia.com sebagai sebuah platform khusus yang meliputi sejumlah perkara – termasuk perkhidmatan seru-pandu untuk tempahan pengangkutan dan juga penghantaran makanan.

Malah, AirAsia.com juga turut dibandingkan dengan platform atas-talian lain yang popular di rantau ini seperti GoJek dan juga Grab. Penawaran tempahan pengangkutan ini juga dijangka akan mengukuhkan lagi AirAsia.com sebagai hab setempat untuk pelbagai perkara berkaitan percutian dan gaya-hidup.

Buat masa ini, info penuh mengenai perkhidmatan seru-pandu daripada AirAsia ini masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan kita akan dapat melihat kemudahan tempahan pengangkutan seru-pandu ke lapangan terbang – atau mungkin juga beberapa alternatif lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkenaan dengannya tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.