Hi! Welcome Back and Stay Tune! “checkm8” Adalah Kerentanan Pada iOS 13.1.1 Yang Memudahkan Peranti Di’jailbreak’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“checkm8” Adalah Kerentanan Pada iOS 13.1.1 Yang Memudahkan Peranti Di’jailbreak’


iOS 13.1.1 telah diedarkan oleh Apple pada minggu lepas bagi menampal pepijat papan kekunci. Tetapi, dengan kemaskini ini pepijat lain pula muncul dan ia lebih bahaya dari sekuriti papan kekunci. Pepijat atau kerentanan ini dinamakan sebagai “checkm8”. Ia ditemui oleh seorang penggodam @axi0mX dan melalui kerentanan ini ia memudahkan iPhone yang menjalankan iOS 13.1.1 digodam atau jailbreak.

Kebiasaannya, iOS baharu mengambil masa berminggu atau berbulan untuk dijailbreak. Tetapi disebabkan “checkm8”, ia mengambil masa hanya beberapa saat sahaja. Buat masa ini, jailbreak ini hanya boleh dilakukan secara semi-tehthered – ini bermakna kompputer diperlukan setiap kali jailbreak ini ingin diboot pad iPhone. Dengan kerentanan ini juga, ia akan memudahkan pembangun lain hadir dengan jailbreak seperti Cydia dibangunkan dalam tempoh yang singkat.

Walau bagaimanapun, peranti yang terjejas dengan “checkm8” ini hanyalah iPhone X dan ke bawah sahaja – iaitu mana-mana peranti yang dijana cip pemprosesan A11 Fusion dan ke bawah sahaja. Syukur, iPhone-iPhone 2018 dan iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max tidak terjejas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.