Peranti Boleh Lipat Motororal Razr Mungkin Akan Dilancarkan Pada Penghujung Tahun Ini
Februari tahun lepas terdapat laporan yang mengatakan Motorola akan kembali hadir dengan peranti seakan Razr. Kemudian paten memperlihatkan peranti ini adalah peranti dengan skrin boleh lipat dan harga mungkin melangkaui lebih RM6000. Walau bagaimanapun, peranti ini adalah peranti dalam kategori kelas pertengahan – kerana ia dilaporkan akan dijana dengan cip Snapdragon 710.
Baru-baru ini ada lagi laporan tiba mengenai peranti ini. CNET melaporkan yang peranti ini akan dilancarkan pada penghujung tahun 2019. Pada awalnya, Motorola dilaporkan sepatutnya melancarkan peranti ini pada sekitar bulan Jun sehingga bulan September. Tetapi ia ditangguhkan tanpa sebarang sebab diberi. Mungkin lepas banyak masalah yang berlaku pada Samsung Galaxy Fold, Motorola sedar yang mereka tidak ingin mempunyai nasib yang sama. Jadi, mereka mengambil masa yang lama dan berusaha bersungguh-sungguh untuk hadir dengan peranti boleh lipat ini.
Jenama Razr adalah satu jenama yang legenda. Pada zaman kegemilangannya, ia adalah satu peranti yang hebat, kukuh, dan diminati ramai. Adakah dengan pelancaran Razr generasi baru kelak mampu mengambil perhatian peminat asal Motorola semula. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment