Apple Merancang Untuk Mengimplementasikan Lampu LED Pada Logo Apple Untuk iPhone
Sejak dari iPhone pertama lagi, tiada lampu led untuk notifikasi diberikan. Fungsi ini dilihat hanya berada pada peranti Android sahaja. Dengan zaman rekaan peranti Android nirbingkai penuh ini, banyak pengeluar sudah berhenti meletakkan lampu LED notifikasi. Tetapi, Apple mungkin akan mula menggunakannya pada iPhone akan datang. Android sudah berhenti, Apple pula baru sahaja bermula (mungkin).
Dalam paten terkini yang didaftarkan Apple, iPhone akan datang mungkin akan menyertakan logo Apple yang menyala seakan MacBook pada tahun 2015 ke bawah. Menarik dengan paten ini adalah, lampu pada logo Apple ini turut boleh dilaras atau diubahsuai. Lampu ini difailkan akan berada di luar iPhone, iaitu di panel belakang di bawah satu lapisan lutsinar dan bukannya dari dalam iPhone. Ini mungkin akan menghasilkan satu nyalaan yang lebih menarik?
Apa-apa pun, paten hanyalah paten dan tidak semestinya ia akan hadir ke dunia realiti. Cuma agak menarik untuk melihat Apple sudah merancang untuk kembali dengan produk yang mempunyai logo yang menyala (harap-harap bukan RGB).
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment