Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amerika Syarikat Mungkin Tidak Akan Melanjutkan Tempoh Dagangan 90 Hari Kepada Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amerika Syarikat Mungkin Tidak Akan Melanjutkan Tempoh Dagangan 90 Hari Kepada Huawei


Tempoh dagangan yang dilanjutkan selama 90 hari kepada Huawei akan berakhir pada November ini bagi membolehkan tampalan sekuriti dan sokongan diberikan kepada kelengkapan yang dibeli oleh Huawei. Menurut laporan Bloomberg pagi ini, Amerika Syarikat berkemungkinan besar tidak akan lagi memberikan tempoh lanjutan selepas bulan tersebut.

Bloomberg memetik kenyataan Rob Strayer yang merupakan timbalan setiausaha Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat yang mengatakan lesen perdagangan sementara tidak akan diberikan selama-lamanya. Sebanyak 130 syarikat A.S seperti Intel dan Qualcomm telah memohon lesen perdagangan sementara ini selepas Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti kerana dituduh melakukan intipan ke atas Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat juga akan menghukum negara sekutu yang terus menggunakan teknologi 5G milik Huawei walaupun selepas diberikan amaran. Antara hukuman yang dilakukan ialah A.S tidak akan lagi bersetuju berkongsi maklumat perisikan kerana ia mungkin dipintas oleh Beijing.

Berita pagi ini pastinya tidak enak didengari oleh pengguna peranti Huawei. Sekiranya Washington mengesahkan tiada lagi lanjutan selepas November, peranti mungkin tidak akan lagi menerima sokongan sistem operasi dan terpaksa berubah ke HongMeng OS.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.