Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saintis China Menghasilkan Kamera 500-Megapixel Yang Dapat Mengecam Ribuan Wajah Dalam Masa Beberapa Saat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saintis China Menghasilkan Kamera 500-Megapixel Yang Dapat Mengecam Ribuan Wajah Dalam Masa Beberapa Saat


Di dalam novel 1984, George Orwell menggambar dunia di mana kerajaan sentiasa memantau kehidupan rakyat. Setiap pergerakan dan pemikiran dipantau agar sentiasa serasi dengan pandangan kerajaan. Fiksyen ini telahpun menjadi realiti di China dengan kamera CCTV sentiasa mengikuti pergerakan jelata. Kesilapan yang dirakam akan menyebabkan kredit sosial dipotong mengakibatkan mereka dihalang dari keluar negara atau mendapatkan perumahan awam milik kerajaan.

Di International Industry Fair yang berlangsung di China minggu lalu, kamera dengan sensor 500-Megapixel telah diperlihatkan. Menurut perekanya Xiaoyang Zeng, kamera ini apabila dipadankan dengan kecerdasan buatan dalam mengecam wajah ribuan individu yang berada di dalam stadium. Dengan tahap keperincian imej yang lima kali ganda lebih tajam berbanding mata manusia, ia boleh melakukan proses pengecaman wajah dalam masa beberapa saat.

Kamera ini besar kemungkinan akan meningkatkan lagi kemampuan pemantaun rakyat China oleh kerajaan. Di China terdapat ratusan juta kamera CCTV yang kini membuatkan mustahil untuk pergerakan tidak dijejak. Anggota polis di China telah mula menggunakan cermin mata pintar yang mengimbas wajah individu dan sekiranya mengesan mereka dikehendaki kerana jenayah, memudahkan proses penahanan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.