Apple Mungkin Memperkenalkan Satu Variasi iPhone 13 Tanpa Port Pada 2021
Desas-desus berkenaan dengan iPhone tanpa sebarang ruangan port telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas. Terbaharu, perbualan berkenaan dengannya sekali lagi hadir ke arena internet.
Apple dikatakan akan memperkenalkan iPhone tanpa sebarang port seawal 2021 kelak. Ia dijangka Apple akan memperkenalkan ciri ini hanya pada satu iPhone, dan bukannya untuk keseluruhan siri.
Pada hari ini, Apple telah sedia membuang ruangan bicu-audio, dan hanya menyertakan port ruangan pengecasan Lightning sahaja. Dengan penawaran MagSafe, ia mungkin membawa kepada langkah membolehkan Apple membuang sebarang port daripada iPhone akan datang.
Langkah ini juga akan turut membolehkan Apple tidak perlu beralih ke USB-C – yang mana ditekankan oleh beberapa pihak.
Sekiranya Apple ingin benar-benar memfokuskan kepada penawaran pengecasan nirwayar melalui MagSafe, mungkin langkah membuang port ini akan meningkatkan penggunaannya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment