Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Dan Konfigurasi Kamera Oppo Reno5 Pro Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Dan Konfigurasi Kamera Oppo Reno5 Pro Tertiris


Oppo sebelum ini telah menamatkan siri R dan kemudiannya memfokuskan kepada pembangunan siri Reno pula untuk segmen peranti premium. Sehingga kini, mereka telah menghasilkan sejumlah model berbeza di bawah siri ini dan dilihat bakal meneruskannya dengan Oppo Reno5 pula.

Pelbagai spekulasi mengenai spesifikasi telah didengari. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan berapa bilangan model peranti yang bakal diperkenalkan oleh Oppo untuk kali ini. Tetapi, salah satu daripadanya dikatakan telah tertiris.

Model yang dimaksudkan adalah Oppo Reno5 Pro 5G. Peranti ini dipercayai hadir dengan sistem kuad- kamera utama. Konfigurasinya juga turut tertiris yang mana mungkin terdiri dengan 64-Megapixel untuk lensa utama. Seterusnya, diikuti 8-Megapixel untuk lensa sudut lebar dan dua lagi lensa 2-Megapixel yang dipercayai untuk sensor makro serta kedalaman.

Kamera hadapan pula dikatakan bakal mempunyai lensa sebesar 32-Megapixel, tetapi masih belum dapat dipastikan mengenai rekaan skrin yang akan digunakan pada panel ini. Seperti biasa, maklumat dikongsi masih lagi diperingkat ura-ura dan belum diketahui kesahihannya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.