Hi! Welcome Back and Stay Tune! EmuOS – Bermain Dengan Aplikasi Dan Permainan Retro Terus Pada Pelayar Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

EmuOS – Bermain Dengan Aplikasi Dan Permainan Retro Terus Pada Pelayar Web


Sistem operasi seperti Windows 95, Windows 98 ataupun Windows ME sedia mempunyai nostalgia tersendiri kepada ramai orang diseluruh dunia. Melaluinya, pelbagai aplikasi ditawarkan, termasuk seperti Paint, Winamp, Clippy, mahupun permainan seperti Half-Life atau Worms 2.

Pelbagai aplikasi dan permainan berkenaan ditawarkan melalui pelagak (emulator) dibeberapa peranti. Menariknya, kini anda turut boleh mengembalikan nostalgia untuk aplikasi dan permainan berkenaan terus melalui pelayar web.

Ditawarkan melalui EmuOS, ia menawarkan pengalaman sistem operasi lama Windows bersama sejumlah permainan dan aplikasi terus melalui pelayar web. Anda tidak perlu memasang sebarang perkara, dan boleh mengaksesnya melalui halaman web berkenaan.

Apa pun, terdapat beberapa permainan dan aplikasi masih pada peringkat pembangunan, dan tidak beroperasi sepenuhnya. Tetapi, sekiranya anda ingin mengembalikan nostalgia – atau ingin melihat penawaran sistem operasi dan permainan serta aplikasi sekitar dua dekad lepas, mungkin boleh menyemak EmuOS ini hari ini.

Layari : EmuOS



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.