Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjaga pam minyak wanita pertama di Gaza cabar tradisi Palestin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjaga pam minyak wanita pertama di Gaza cabar tradisi Palestin


 

Salma al-Najjar yang berusia 15 tahun terkejut dan gembira ketika diambil bekerja sebagai penjaga pam minyak. (Gambar AFP)

KHAN YUNIS: Salma al-Najjar, penjaga pam minyak di Semenanjung Gaza, melihat pekerjaan sambilannya itu dalam terma lebih besar daripada sekadar mengisi petrol untuk kenderaan pelanggan.

Remaja berusia 15 tahun itu ialah wanita pertama yang bekerja di stesen minyak dalam wilayah Palestin, yang dikuasai kumpulan Hamas sejak 2007.

Najjar berkata, beliau mahu “menyokong wanita Palestin dan menunjukkan mereka boleh melakukan apa saja yang dikehendaki, walaupun berdepan kritikan”.

Gaza, yang di bawah sekatan Israel sejak 2007, mempunyai kadar pengangguran dan kemiskinan sekitar 50%, sebelum pandemik Covid-19 terus memusnahkan ekonominya.

Walaupun pekerjaan sebagai penjaga pam minyak sudah pupus di kebanyakan negara, penduduk Palestin masih gemar membayar seorang profesional untuk mengisi tangki kenderaan mereka.

Apabila majikan di sebuah stesen petrol di Khan Yunis, selatan Gaza memaklumkan beliau diambil bekerja, Najjar berkata, beliau terkejut dan gembira.

“Kenapa tidak menjadi wanita pertama melakukan kerja ini dan mencabar tradisi dalam masyarakat konservatif kita?” katanya sambil menambah beliau turut mendapat galakan keluarganya.

Majikannya, Mohammed al-Agha berkata: “Saya seorang ahli perniagaan dan saya sokongan semua gadis serta wanita yang mahu mencapai impian mereka.”

Selain menjadi perintis kepada wanita di Gaza, Najjar berkata, beliau turut mewakili golongan muda.

“Saya muda, tetapi saya bukan kanak-kanak.

“Saya mahu membuktikan bukan usia yang penting, tetapi kemahiran.”

Undang-undang Palestin membenarkan penduduknya mula bekerja pada usia 18 tahun.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa dalam laporan 2018 menyatakan 4.5% kanak-kanak di Gaza dan Tebing Barat ialah sebahagian daripada tenaga kerja, yang disifatkan angka “membimbangkan”. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.