Berhati-Hati Dengan Scam Penipuan SMS Shopee
Dengan populariti Shopee dalam arena edagang, kini ia turut menjadi sasaran beberapa pihak tidak bertanggungjawab – sekaligus menyasarkan pengguna Shopee untuk menjadi mangsa mereka.
Shopee mengatakan kini mereka mendapati terdapat dua bentuk scam baru yang dikenal-pasti, dinamakan Parcel Scam.
Dua senario berbeza digunakan, dan ia dimulakan dengan menghantar SMS yang menyertakan pautan.
Dalam situasi pertama, penipu berkenaan berlakon menjadi syarikat penghantar barangan, dan menghantar SMS mengatakan barangan anda kini terdapat di kedai mereka – dan pengguna perlu membayar caj penghantaran atau cukai sebelum dapat memprosesnya. Penipuan ini adalah salah satu cara untuk mereka mendapat duit “penghantaran” berkenaan, dan hilang selepas itu.
Melalui situasi kedua pula, SMS dihantar dengan pautan yang disorokkan dan dipaparkan sebagai laman Shopee.com.my. SMS berkenaan mengatakan anda telah memenangi hadiah, dan perlu membayar caj penghantaran untuk dapat memprosesnya.
Shopee mengingatkan pengguna untuk tidak memasukkan sebarang maklumat kad pembayaran dan berhati-hati dengan pelbagai penipuan ini.
Bacaan Lanjut : Parcel Scam Shopee
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment