Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Wallet Boleh Digunakan Untuk Membuktikan Anda Telah Menerima Vaksin Covid-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Wallet Boleh Digunakan Untuk Membuktikan Anda Telah Menerima Vaksin Covid-19


Proses pemvaksinan dunia dari virus Covid-19 telah bermula di Amerika Syarikat, UK, China, Rusia dan UAE. Ini memberikan harapan bahawa norma lama akan dapat kembali selepas dunia berjaya mengalahkan wabak yang telah membunuh hampir 500 individu di Malaysia. Tetapi bagaimanakah seseorang dapat membuktikan mereka telah menerima vaksin ini?

Bagi penduduk kota Los Angeles, mereka dapat mengemukakan bukti telah menerima vaksin Covid-19 dengan hanya membuka aplikasi Apple Wallet. Ini adalah hasil kerjasama dengan Helthvana yang memuat naik senarai penerima vaksin setiap hari. Menerusi aplikasi Apple Wallet, bukti ini dapat digunakan untuk mereka menaiki pesawat (seperti yang diwajibkan oleh Qantas) dan menghadiri acara yang melibatkan ribuan peserta tanpa risau diri akan dijangkiti virus maut ini.

Pengguaan Apple Wallet sesuai di Los Angeles kerana ramainya pengguna iPhone di negara tersebut. Setakat ini kerajaan Malaysia masih belum mengumumkan bagaimana rakyat boleh membuktikan mereka telah menerima vaksin kelak. Tetapi tidak mengejutkan jika MySejahtera yang telah sedia terpasang pada jutaan peranti boleh digunakan sebagai bukti di masa hadapan. Tiada sebab untuk membangunkan aplikasi baru yang hanya menelan kos tinggi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.