Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Positif Covid-19, Hasil Siasatan Dapati Bayi Dijangkiti Oleh Orang Dewasa Yang Pulang Dari Negeri Zon Merah – PKD Kota Setar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Positif Covid-19, Hasil Siasatan Dapati Bayi Dijangkiti Oleh Orang Dewasa Yang Pulang Dari Negeri Zon Merah – PKD Kota Setar


Terkini, terdapat satu kes Covid-19 melibatkan seorang bayi dilaporkan di negara ini yang mendapat jangkitan oleh orang dewasa.

Menerusi kenyataan ringkas Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan dijangkiti oleh individu itu yang baru pulang dari negeri Zon Merah.

”Dukacita dimaklumkan, terdapat kes melibatkan bayi dan hasil siasatan mendapati bayi terbabit dijangkiti oleh orang dewasa yang pulang dari negeri Zon Merah,” kata kenyataan.

Menurut kenyataan di ruangan komen, pihak Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar turut mendoakan agar bayi tersebut sembuh daripada jangkitan.

Pihaknya turut mengingatkan kepada ibu bapa yang lain agar tidak membawa bayi keluar dan menghadkan jumlah kedatangan tetamu ke rumah.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut merayu individu yang berada di Zon Merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar tidak merentas daerah atau negeri bagi membendung penularan Covid-19 ke kawasan lain.

Katanya, kebimbangan tersebut timbul berikutan risiko individu terbabit membawa virus berkenaan ke kawasan Zon Hijau sehingga mencetuskan kluster jangkitan baharu.

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar via Siakapkeli.my



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.