Intel Dijangka Akan Mengilang CPU Rocket Lake Untuk Desktop Bermula Januari 2021
Semenjak AMD melancarkan CPU AMD Ryzen mereka, dan khususnya kini dengan siri CPU AMD Ryzen 5000, Intel boleh dikatakan sedikit ketinggalan dalam arena pembuatan CPU, khususnya untuk komputer kelas desktop.
Selepas melancarkan CPU generasi ke-11 Tiger Lake untuk komputer riba, Intel dijangka akan memperkenalkan CPU generasi ke-11 untuk desktop pula, yang dinamakan Rocket Lake pada acara CES 2021 kelak.
Terkini, maklumat tertiris bahawa Intel akan mula mengilangkan siri CPU ini secara besar-besaran bermula bulan Januari hadapan juga, dan bahawa ia akan dipasarkan pada pertengahan ataupun penghujung bulan Mac kelak.
Maklumat ini, yang tertiris oleh OneRaichu di Twitter memperlihatkan butiran garis masa pengeluaran siri CPU Rocket Lake yang termasuklah pengeluaran sampel ujian dan juga sampel kualifikasi yang telahpun tiba pada pertengahan dan penghujung tahun ini.
Siri CPU Intel Rocket Lake dijangka akan menyokong papan induk Intel generasi ke-10, dimana pengguna boleh menukar CPU sahaja untuk menaiktarafkan prestasi perkomputeran.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment