Hi! Welcome Back and Stay Tune! Caviar Menyenaraikan Galaxy S21 Disalut Emas Pada Harga Mencapai RM312k - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Caviar Menyenaraikan Galaxy S21 Disalut Emas Pada Harga Mencapai RM312k


Samsung masih belum memperkenalkan telefon pintar mercu Galaxy S21 mereka lagi, dan dijadualkan sekitar 14 Januari kelak. Namun, perkara berkenaan tidak menghentikan pihak ketiga lain untuk menjual dan menyenaraikan penawaran masing-masing.

SamsungS21 Caviar

Terbaru, Caviar yang sering hadir dengan penawaran produk disalut emas, kini telah menyenaraikan Galaxy S21 sebagai produk mereka yang bakal ditawarkan tidak lama lagi.

Melalui model penyenaraian ini, ia memperlihatkan rekaan belakang telefon pintar berkenaan – yang mana sedikit diubah-suai oleh pihak Caviar. Antaranya adalah termasuk salutan emas, selain salutan PVD dibelakang.

SamsungS21 Caviar

Caviar melabelkan produk ini bakal hadir pada tahun 2021 kelak, dan disenaraikan pada harga $77230, iaitu sekitar RM312,858 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Bagi anda yang meminati produk berbentuk mewah, mungkin boleh menyemak penawaran ini dilaman Caviar hari ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.