Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme Bakal Melancarkan Lebih 100 Produk AIOT Pada 2021 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme Bakal Melancarkan Lebih 100 Produk AIOT Pada 2021


Realme telah memulakan operasi dengan fokus terhadap telefon pintar, dan kini turut telah memperluaskan penawaran untuk produk-produk yang lain. Di Malaysia sahaja, pada tahun ini kita telah melihat Realme memperkenalkan berus gigi, gelang tangan pintar, televisyen – sehinggalah kepada patung figura.

Terbaru, melalui sebuah temuramah yang diadakan di India, pihak Realme mengatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan lebih 100 produk AIOT dan gaya hidup pada 2021 kelak. Perkara ini termasuk meliputi TWS, televisyen pintar, lampu pintar, dan pelbagai produk lain.

Dengan langkah ini, Realme mempelbagaikan lagi penawaran produk – serta pada masa yang sama ingin membuatkan para peminat mereka bukan sahaja menggunakan telefon pintar, tetapi juga pelbagai produk lain dalam kehidupan seharian.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut penawaran produk Realme ini sepanjang 2021 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.