Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS Meniriskan Butiran Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti Dan GeForce RTX 3060 Ti Dengan 12GB VRAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS Meniriskan Butiran Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti Dan GeForce RTX 3060 Ti Dengan 12GB VRAM


NVIDIA telah melancarkan sejumlah kad grafik beberapa bulan lalu yang memperlihatkan prestasi yang sangat berkuasa, meletakkan permainan pada resolusi 4K di arus perdana dengan tanda harga yang sangat kompetitif, jika anda boleh mencari sebuah kad grafik tersebut.

NVIDIA akan memperlihatkan beberapa lagi kad grafik tidak lama lagi, dan pihak ASUS nampaknya telah meniriskan maklumat kad-kad grafik tersebut secara tidak sengaja dengan memperlihatkan dua kad grafik tersebut, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan juga NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti dengan memori sebanyak 12GB.

Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa NVIDIA akan memperkenalkan model NVIDIA GeForce RTX 3080 dengan memori GDDR6X sebanyak 20GB, tetapi tirisan daripada ASUS tersebut mengesahkan bahawa NVIDIA akan memperkenalkan model Ti untuk kad grafik RTX 3080 dan memuatkan memori 20GB tersebut didalamnya, menjadikannya model pengantara diantara RTX 3080 dan juga RTX 3090.

NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti pula akan menerima kemaskini memori tambahan daripada 8GB GDDR6 kepada 12GB GDDR6. Buat masa ini ia masih tidak diketahui jika model ini akan menerima penambahbaikan dari segi penggunaan GPU untuk model baru ini.

Butiran yang dilihat di laman web ASUS ini sudahpun dibuang, tetapi kita tidak perlu menunggu lama untuk pengumuman NVIDIA, kerana mereka akan hadir dengan acara mereka sendiri pada 12 Januari kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.