Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Adalah Senarai Peranti Xiaomi Yang Menyokong MIUI 12.5 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Adalah Senarai Peranti Xiaomi Yang Menyokong MIUI 12.5


Xiaomi Mi 11 sudah pun dilancarkan. Ia membuatkan orang ramai teruja dengan spesifikasi, harga menarik, serta sistem operasi MIUI 12.5 yang lebih pantas. Tetapi adakah ia terhad kepada Mi 11 sahaja, sudah semestinya tidak. Xiaomi telah pun mengeluarkan senarai peranti yang menyokong kemaskini MIUI 12.5, jika anda ingin tahu sama ada peranti anda menyokongnya ataupun tidak – teruskan baca artikel ini.

Xiaomi Mi 11

MIUI 12.5 adalah kemaskini kecil dari MIUI 12. MIUI 12 sudah pun ada versi Android 11 yang padat dengan ciri dan fungsi baru. MIUI 12.5 ini lebih kepada visual, bunyi, serta beberapa fungsi dan ciri bagi memuaskan hati pengguna. Kami menemui enam perkara menarik dalam MIUI 12.5, dan terdapat 21 peranti yang Xiaomi senaraikan akan menerima kemaskini ini. Walau bagaimanapun, kemaskini ini akan tiba secara beta tertutup terlebih dahulu dan baru beta terbuka. Versi stabil hanya akan diedarkan pada April 2021.

Bukan itu sahaja, seperti yang anda sedia maklum MIUI versi beta terhad kepada pengguna China sahaja. Jika versi stabil China ada April 2021, global pasti sedikit lebih lama. Berikut adalah senarai peranti dan tarikh;

  • MIUI 12.5 Beta Tertutup:
    • Fasa pertama, awal Januari:
      • Mi 10 (umi)
      • Mi 10 Pro (cmi)
      • Mi 9 (cepheus)
      • Mi 9 SE (grus)
      • Redmi K20 / Mi 9T (davinci)
      • Redmi K20 Pro / Mi 9T Pro (raphael)
      • Mi CC9e (laurus)
      • Redmi Note 7 / Redmi Note 7S (lavender)
      • Redmi Note 7 Pro (violet)
      • Redmi K30 Pro / POCO F2 Pro (lmi)
      • Redmi K30 5G (picasso)
      • Mi 10 Youth Edition / Mi 10 Lite Zoom (vangogh)
      • Redmi K30 4G / POCO X2 (phoenix)
      • Mi CC9 Pro / Mi Note 10 (tucana)
      • Redmi K30S / Mi 10T (apollo)
      • Mi 10 Ultra (cas)
      • Redmi K30 Ultra (cezanne)
      • Redmi 10X (atom)
      • Redmi 10X Pro (bomb)
      • Redmi Note 9 5G (cannon)
      • Redmi K30i 5G (picasso48m)
    • Fasa kedua, pertengahan sehingga hujung Januari:
      • Mi 9 Pro 5G (crux)
      • Mi CC9 / Mi 9 Lite (pyxis)
      • Mi CC9 Meitu Edition (vela)
      • Redmi Note 9 Pro 5G / Mi 10T Lite (gauguin)
      • Redmi Note 8 Pro (begonia)
      • Redmi Note 8 (ginkgo)
      • Redmi Note 9 4G / Redmi 9T / Redmi 9 Power (lime)
  • MIUI 12.5 Beta Terbuka:
    • Akan diedarkan pada pertengahan sehingga hujung Januari.
  • MIUI 12.5 Stable Release:
    • Versi stabil akan diedarkan pada hujung April 2021 kepada:
      • Mi 11
      • Mi 10 Ultra
      • Mi 10 Pro
      • Mi 10


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.