Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMD Mengumumkan Kad Grafik Radeon RX 6700 XT Dengan Spesifikasi Gaming 1440p Dengan Kadar Segar Semula Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMD Mengumumkan Kad Grafik Radeon RX 6700 XT Dengan Spesifikasi Gaming 1440p Dengan Kadar Segar Semula Tinggi


Pada tahun lepas, AMD telah melancarkan siri kad grafik terbaru mereka yang terdiri daripada AMD Radeon RX 6800, AMD Radeon RX 6800 XT dan AMD Radeon RX 6900 XT menggunakan teknologi RDNA2 yang menjanjikan kemampuan gaming baik pada resolusi 4K.

Hari ini, AMD telah memperlihatkan AMD Radeon RX 6700 XT, sebuah kad grafik kelas “pertengahan” khusus untuk mereka yang tidak begitu hiraukan resolusi dan cukup gembira untuk menggerakkan permainan pada resolusi 1440p dengan kadar segar semula tinggi dan tetapan yang tinggi.

Bercakap sedikit mengenai spesifikasi kad grafik ini, ia hadir dengan 40 unit perkomputeran, berbanding dengan 72 pada kad grafik AMD Radeon RX 6800XT, dan juga mempunyai 12GB memori GDDR6. Ia juga mempunyai kelajuan GPU setinggi 2424MHz.

Seperti kad-kad grafik RDNA2 yang lain, ia juga menyokong ciri-ciri tambahan seperti Infinity Cache, Smart Access Memory dan juga Ray-tracing.

AMD memperlihatkan kadar bingkai beberapa permainan popular dan membandingkan prestasi kad grafik terbaru ini berbanding dengan sejumlah kad-kad grafik lain seperti NVIDIA GeForce RTX 1070 Ti dan NVIDIA GeForce RTX 2080 Super pada resolusi 1440p, dan jika ia boleh dipercayai, AMD mungkin sahaja telah mendefinasi semula kategori kad grafik pertengahan dengan Radeon RX 3700XT ini.

Dari segi rekaan, satu perbezaan ketara yang dapat diperlihatkan dari segi rekaan lalai kad grafik ini ialah ia mempunyai dua kipas berbanding dengan tiga pada kad-kad grafik RDNA2 yang dilancarkan pada tahun lepas.

AMD juga mengatakan bahawa kad grafik ini akan tiba pada 18 Mac di pasaran global, dan akan dijual pada harga $479 (~RM1945). Selain daripada itu, mereka juga mengatakan bahawa rakan pembangun kad grafik lain seperti ASUS, MSI, GIGABYTE dan sebagainya juga akan diperkenalkan pada tarikh yang sama.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.