Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nintendo Switch Dengan Skrin OLED Lebih Besar Dan Sokongan 4K Akan Dilancarkan Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nintendo Switch Dengan Skrin OLED Lebih Besar Dan Sokongan 4K Akan Dilancarkan Tahun Ini


Sony dan Xbox telah melancarkan konsol generasi terkini mereka tahun lalu dengan sambutan yang cukup luar biasa. Akibatnya permintaan lebih tinggi pengeluaran sehingga harga jualannya meningkat naik. Yang menjadi persoalan ialah bilakah pula konsol generasi terkini Nintendo akan dilancarkan?

Menurut laporan Bloomberg, ia akan berlaku pada penghujung tahun ini. Nintendo Switch yang ditambah baik ini akan dilengkapi skrin 7″ OLED yang lebih besar. Ini adalah peningkatan dari 6.2″ pada Switch asal dan 5.5″ pada Switch Lite. Yang mengecewakan ialah resolusi akan kekal sehingga 720P sahaja.

Nintendo Switch

Samsung dilaporkan akan menjadi pembekal skrin OLED kepada Nintendo. Penukaran dari LCD ke OLED pastinya mengurangkan penggunaan bateri kelak.

Turut ditambah baik ialah sokongan sehingga 4K akan dapat dinikmati apabila Switch dimasukkan ke dalam dermaga untuk dimainkan pada televisyen. Ini ialah antara ciri yang diminta pengguna pada model yang mungkin menggunakan nama Switch Pro. Pihak Nintendo dan Samsung walau bagaimanapun enggan mengulas mengenai berita yang dilaporkan ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.