Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo S9 Dan S9e Dilancarkan – Sokong Cip MediaTek Dimensity 1100, Skrin 90Hz, Kamera Utama 64MP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo S9 Dan S9e Dilancarkan – Sokong Cip MediaTek Dimensity 1100, Skrin 90Hz, Kamera Utama 64MP


Siri Vivo S9 kini rasmi untuk pasaran China dan terdapat dua model berbeza yang diperkenalkan – iaitu Vivo S9 dan Vivo S9e. Kedua-duanya hadir dengan sokongan rangkaian 5G terbina. Di samping, masih mengekalkan sejumlah elemen dan rekaan seumpama yang terdapat pada pendahulunya.

Vivo S9 hadir dengan paparan bersaiz 6.44-inci OLED dengan kadar segar semula 90Hz. Paparan ini turut menerima pensijilan HDR 10+ dan TUV Rheinland. Ia juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 1100, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB (berasaskan UFS 3.1) dan bateri berkapasiti 4000mAh bersama pengecasan 33W. Kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro). Manakala, dwi-kamera swafoto pula sebesar 44-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar).

Untuk Vivo S9e pula, telefon pintar ini turut menggunakan saiz skrin yang sama seperti Vivo S9. Kemudian, ia dilengkapi cip MediaTek Dimensity 820, memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB (berasaskan UFS 3.1) dan bateri berkapasiti 4,100mAh bersama pengecasan 33W. Kamera utama juga menggunakan system tri-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel. Seterusnya, kamera hadapan pula dilengkapi lensa tunggal sebesar 32-Megapixel.

Untuk harga, Vivo S9 dijual di China pada RMB2,999 (~RM1,878) untuk variasi 8GB+128GB dan RMB3,299 (~RM2,065) pula untuk variasi 12GB + 256GB. Sementara itu, Vivo S9e pula berharga RMB,2399 (~RM1,502) untuk variasi 8GB + 128GB dan RMB2,699 (~RM1,690) pula untuk variasi 8GB + 256GB.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



1 comment:

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.