Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Ketua Bahagian Fotografi Lumia Dan Apple Menyertai Microsoft - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Ketua Bahagian Fotografi Lumia Dan Apple Menyertai Microsoft


Bukan lagi rahsia Surface Duo yang merupakan telefon pintar pertama Microsoft sejak siri Lumia dihentikan mempunyai kemampuan fotografi yang tidak memuaskan. Penggunaan hanya dwi-kamera pada bahagian luar menyebabkan ia sukar digunakan oleh kebanyakan guna. Tambah memilukan ia mempunyai prestasi mod malam yang mengecewakan. Sekiranya Microsoft serius ingin kembali ke arena telefon pintar, bahagian fotografi mereka perlu diperbaiki segera.

Oleh itu kemasukan semula Ari Partinen ke dalam Microsoft memberikan sinar harapan yang baharu. Beliau mengumumkan kemasukan beliau ke dalam pasukan pengimejan Microsoft Surface pada 1 Mac lalu. Bagi yang tidak mengenali Partinen, beliau pernah memegang jawatan sebagai ketua bahagian fotografi untuk Lumia sebelum menjadi pengurus kanan bahagian ujian dan pensijilan kamera di Apple.

Beliau terlibat dalam pembangunan kamera Lumia 1020 yang masih mempunyai reputasi yang baik di kalangan peminat fotografi mudah alih dan juga Nokia N8. Dengan sirih kembali ke gagang, diharapkan peranti Microsoft akan kembali gah di persada telefon pintar kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.