MySejahtera Kini Menunjukkan Status Pengesahan Pendaftaran Menerima Vaksin
Aplikasi MySejahtera telah dikemaskini sekali lagi pagi ini untuk menunjukkan status pendaftaran menerima vaksin Covid-19. Sebelum ini selepas melakukan pendaftaran, tiada skrin menunjukkan ia diterima oleh pihak KKM.
Pagi ini jika pengguna mengakses tab vaksinasi, ia akan menunjukkan skrin di atas serta tarikh bilakah pendaftaran akan dilakukan. Selepas ini pengguna hanya perlu menanti pengesahan kelayakan sebelum ke langkah seterusnya iaitu tarikh bila suntikan akan diberikan. Aneh sekali dalam kes kami, tarikh pendaftaran yang dipaparkan tidak sama dengan tarikh kami mendaftar.
Sungguhpun begitu Khairy Jamaluddin dalam ciapan beliau berkata orang ramai tidak perlu risau kerana rekod tarikh pendaftaran sebenar telah disimpan oleh sistem.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment