Markah Penanda Aras Peranti Samsung Dengan Cip Snapdragon 855 Tertiris – Mungkin Samsung Galaxy A82 5G?
Cip Snapdragon 855 telah diperkenalkan sekitar dua tahun lalu dan ia merupakan pemproses yang menyokong rangkaian 5G dengan teknologi 7nm. Dalam perkembangan terkini, sebuah peranti Samsung dengan cip ini didakwa telah tersenarai di laman Geekbench.
Peranti berkenaan dilihat muncul dengan kod nama samsung SM-A826S dan penyenaraian menunjukkan ia akan dilengkapi memori sebesar 6GB RAM dan menggunakan Android 11. Seterusnya, maklumat berkaitan cip tidak didedahkan secara khusus – tetapi kod nama ‘msmnile’ berkait rapat dengan pemproses Snapdragon 855. Ini sahaja maklumat yang diketahui pada waktu ini. Terdapat ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy A82 5G kelak.
Kewujudan mengenai Samsung Galaxy A82 5G sudah didengari sejak bulan lalu. Peranti ini dilaporkan sedang dalam pembangunan dan dipercayai menyokong rangkaian 5G. Namun, rekaan peranti ini masih kekal misteri sehingga ke hari ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment