Hi! Welcome Back and Stay Tune! Markah Penanda Aras Samsung Galaxy A82 Mengesahkan Penggunaan Cip Snapdragon 855+ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Markah Penanda Aras Samsung Galaxy A82 Mengesahkan Penggunaan Cip Snapdragon 855+


Samsung Galaxy A82 ialah peranti yang dipercayai akan menggantikan Galaxy A80 yang unik kerana dilengkapi sistem kamera berputar 180 darjah. Kewujudannya mula didengari awal tahun ini tetapi tidak banyak maklumat mengenainya diketahui sehinggalah hari ini.

Ujian penanda aras untuk Galaxy A82 telahpun tertiris dan mengejutkan sekali ia akan dijana cip Snapdragon 855+. Ini ialah cip mercu yang digunakan pada peranti mercu 2019. Strategi penggunaan cip mercu lama pada peranti baru ini kami rasakan adalah unik. Hanya beberapa minggu lalu Samsung Galaxy F62/M62 dilancarkan dengan cip Exynos 9825 yang setanding dengan Snapdragon 855+.

Teori kami ialah dengan masalah bekalan cip pemproses untuk telefon pintar kini meruncing, Samsung menggunakan semula cip-cip lama yang tidak digunakan pengeluar lain. Di Malaysia wujud trend membeli peranti mercu yang berusia 2-3 tahun untuk digunakan sekarang kerana penawaran harga yang lebih rendah. Adakah Samsung akan memulakan trend baharu ini di kalangan pengeluar lain? Hanya masa akan menentukannya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.