IATA Akan Melancarkan Aplikasi Yang Mempamerkan Sijil Imunisasi Covid-19 Digital Bulan Ini
Dunia mula dibuka secara perlahan-lahan selepas setahun ditutup kerana pandemik. Dengan suntikan imunisasi mula diterima, kita dapat melihat menteri mula melakukan lawatan sambil belajar ke Timur Tengah dan China. Bagi rakyat biasa, proses untuk kembali kepada normal juga akan menyusul dan sebagai persediaan awal, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan melancarkan aplikasi mereka bulan ini.
Aplikasi akan mempamerkan sijil digital yang membuktikan penumpang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 mereka dan juga status mereka bebas dari penyakit yang boleh membawa maut ini. Apabila perjalanan udara antara negara dibuka kelak, penumpang akan diwajibkan menunjukkan mereka telah menerima imunisasi sebelum dibenarkan terbang. Dengan adanya satu aplikasi khas yang disokong kesemua ahli IATA, proses pengesahan status akan dapat dijalankan lebih lancar.
Pada waktu ini aplikasi akan dilancarkan untuk peranti iOS pada 15 April sebelum diberikan pula kepada peranti Android. Virgin Atlantic akan menjadi syarikat penerbangan pertama menggunakan pengesahan menerusi aplikasi ini untuk perjalanan di antara UK dan Barbados pada 16 April kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment