Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kumpulan penari kebudayaan Sabah hilang pendapatan angkara Covid-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kumpulan penari kebudayaan Sabah hilang pendapatan angkara Covid-19


 

Penari kebudayaan Sabah rata-ratanya hilang punca pendapatan kerana tiada lagi panggilan untuk membuat persembahan susulan pandemic Covid-19. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Pelancongan adalah industri paling terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda negara, khususnya di Sabah, dengan kesannya turut menular kepada industri sampingan berkaitan pelancongan.

Antaranya ialah kumpulan penari kebudayaan Sabah yang rata-ratanya hilang punca pendapatan kerana tiada lagi panggilan untuk membuat persembahan seperti sebelum ini.

Pengurus kumpulan tarian Era Budaya Papar, Claire Joseph Gunsoi berkata, sebelum pandemik Covid-19 melanda, tawaran yang diterima mereka tidak pernah putus, malah turut mendapat “kerja tetap” di sebuah kompleks beli-belah terkenal di sini.

Bagaimanapun katanya, penutupan sempadan negeri yang menghalang pelancong datang ke Sabah telah mengubah gaya hidup mereka yang sebelum ini sentiasa sibuk dengan program pada hampir setiap hari.

“Berapa pendapatan kami perolehi setiap bulan saya tidak perlulah dedahkan tapi apa yang saya boleh katakan jadual kami memang padat pada setiap bulan sebelum ini.

“Bagaimanapun, semuanya berubah apabila Covid-19 melanda, bukan kurang “job” malah tiada “job” langsung.

“Selepas PKP (perintah kawalan pergerakan) bertukar kepada PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan), adalah kami dapat tawaran, tiga empat ‘job’ tetapi tiba-tiba PKP balik, semuanya ditangguhkan malah ada yang dibatalkan terus,” katanya kepada FMT.

Claire berkata, selepas pendapatan mereka terjejas, mereka sangat mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bersyukur kerana beberapa bantuan diterima mereka.

Bagaimanapun katanya, bantuan berkenaan hanya berbentuk “one off” dan tidak mungkin akan bertahan lama dan oleh sebab itu mereka sangat berharap keadaan akan kembali seperti sebelum ini.

“Ada juga dalam kalangan penari kami yang pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada persembahan dan kini mereka hilang punca pendapatan.

“Mujurlah ramai dalam kalangan mereka yang masih di bawah tanggungjawab ibu bapa masing-masing.

“Kami harap keadaan akan bertambah baik nanti dan kalau boleh kerajaan jemputlah kami sekiranya ada apa-apa program.

“Setiap kali program kerajaan, penari yang dijemput adalah daripada agensi berkaitan yang memang mempunyai pekerjaan tetap dan oleh sebab itu, kalau boleh jemputlah kami yang terjejas ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus kumpulan tarian The Art Collection, Marni Sumpin berkata, keadaan serupa turut menimpa mereka, terutama penari sepenuh masa yang kini terpaksa mencari jalan lain untuk terus bertahan.

“Dulu selain menerima jemputan ke program berkaitan pelancongan, kami juga mempunyai kontrak tetap untuk membuat persembahan di sebuah restoran terkenal.

“Itu dulu sewaktu pelancong masih ada, sekarang ini semuanya terhenti. termasuklah persembahan kami di restoran.

“Kebanyakan penari kami bergantung sepenuhnya kepada jemputan persembahan dan kini mereka terpaksa membuat pekerjaan lain seperti perkhidmatan katering, menghantar makanan dan sebagainya,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.