Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selain tribunal tuntutan, pengguna boleh bawa kes ke mahkamah, kata timbalan menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selain tribunal tuntutan, pengguna boleh bawa kes ke mahkamah, kata timbalan menteri


 

Pengguna boleh membawa kes mereka ke mahkamah sivil bagi tuntutan tebus rugi berhubung pembelian barang dan perkhidmatan.

KUALA LUMPUR: Selain Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), pengguna boleh membawa kes mereka ke mahkamah sivil bagi tuntutan tebus rugi berhubung pembelian barang dan perkhidmatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid berkata, TTPM berfungsi sebagai platform alternatif kepada mahkamah sivil.

Beliau berkata, pengguna yang menang tetapi syarikat yang diperintahkan membayar award gagal berbuat demikian seperti yang diarahkan oleh TTPM, boleh membawa kes ke mahkamah sivil.

“Tugas TTPM hanya untuk pastikan pengguna terbela,” katanya pada diskusi bertajuk ‘Pesta Naikkan Harga Menjelang Ramadan’ yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di laman Facebooknya secara langsung, malam tadi yang turut disertai oleh ketua aktivitis PPIM, Nadzim Johan.

Dalam perkembangan lain, Rosol turut menyangkal dakwaan kononnya aplikasi mudah alih, “Price Catcher” yang dibangunkan oleh kementeriannya gagal mencapai objektif.

Beliau mengakui walaupun terdapat kelemahan dari segi promosi membabitkan aplikasi itu, namun berkata, setakat ini 1,000 pengguna memuat turun aplikasi yang memaparkan perbandingan harga lebih 400 barangan keperluan pengguna itu.

“Bukan gagal, cuma kurang promosi. Pengguna sebenarnya boleh bandingkan harga dan menjimatkan masa,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.