Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Pada 3 April Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Pada 3 April Ini


Maybank hari ini memaklumkan bahawa sejumlah perkhidmatan utama mereka akan tergendala pada 3 April 2021 (Sabtu). Perkara berkenaan dikongsi oleh pihak Maybank menerusi hantaran di beberapa media sosial rasminya termasuk Facebook dan Twitter. Antara perkhidmatan yang terlibat adalah seperti tersenarai di bawah :

  • Maybank2u & pembayaran atas talian
  • Aplikasi Maybank2U
  • Aplikasi MAE
  • Aplikasi QRPay Biz
  • Aplikasi Maybank Wealth
  • Pembayaran FPX
  • Transaksi kad debit
  • Mesin ATM
  • Mesin Smart Recycler Machine (SRM)
  • Mesin deposit cek
Maybank

Untuk makluman, kesemua perkhidmatan yang tersenarai tidak dapat diakses di antara jam 11:30 – 11:59 malam pada hari berkenaan. Justeru, pihak Maybank menasihati orang ramai untuk melakukan sebarang transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut. Pihak Maybank turut memohon maaf atas kesulitan serta masalah yang berlaku. Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus ke emel : mgcc@maybank.com.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.