Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan Kaca Skrin Mencatatkan Jumlah Tertinggi Pada Suku Kedua 2021 – Corning Bakal Meningkatkan Harga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan Kaca Skrin Mencatatkan Jumlah Tertinggi Pada Suku Kedua 2021 – Corning Bakal Meningkatkan Harga


2020 memperlihatkan jumlah pengeluaran dan penjualan peranti pintar yang tinggi, khususnya apabila kita melihatkan bahawa sebanyak 6.8 bilion cip pemprosesan ARM telah dikilangkan pada suku keempat tahun lepas sahaja.

Ini juga bermakna bahawa komponen-komponen peranti pintar yang lain juga mencatatkan pengeluaran yang tinggi. DisplaySupplyChain baru-baru ini melaporkan bahawa permintaan untuk kaca skrin paparan telah meningkat sehingga 165 juta meter persegi untuk suku kedua 2021, iaitu peningkatan empat peratus berbanding dengan suku keempat 2020 dan suku pertama 2021.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa oleh kerana kekurangan bahan dan juga masalah yang menimpa kilang Nippon Electric Glass (NEG), pengeluaran gelas paparan daripada syarikat tersebut yang digunakan pada sejumlah besar peranti-peranti di dunia tidak dapat ditingkatkan dengan cepat.

Walaupun begitu, kadar pengeluaran gelas paparan dilaporkan telah meningkat pada suku pertama 2021, dimana NEG, Asahi Glass Company (AGC) dan Corning adalah tiga daripada pengeluar gelas paparan terbesar sekarang.

Gelas paparan Corning, iaitu Gorilla Glass cukup terkenal dan digunakan dalam kebanyakan, jika tidak semua peranti pintar kelas premium hari ini. Oleh kerana kekurangan bekalan bahan mentah dan juga peningkatan permintaan untuknya, Corning mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan harga gelas paparan mereka.

Menurut laporan, Corning akan meningkatkan harga kaca paparan Gorilla Glass mereka sebanyak tujuh peratus pada suku kedua 2021, dan akan meningkat lagi sehingga 18 peratus menjelang suku pertama 2022.

Dengan ini, rata-rata semua komponen yang termasuk dalam sebuah peranti pintar akan memperlihatkan peningkatan harga yang drastik dalam masa terdekat dan khususnya pada penghujung tahun ini apabila jenama-jenama peranti akan memperkenalkan peranti-peranti baru yang menggunakan komponen-komponen yang terkini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.