Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus Kini Di Malaysia – Paparan Pintar Yang Boleh Jadi Tablet Pada Harga RM999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus Kini Di Malaysia – Paparan Pintar Yang Boleh Jadi Tablet Pada Harga RM999


Peranti pintar jenama Lenovo seperti tablet atau telefon pintar tidak lagi popular seperti dulu. Kini jenama-jenama lain yang dulu tidak terkenal mula diminati oleh orang ramai. Tetapi, Lenovo Malaysia masih cuba menarik perhatian orang ramai melalui Legion Phone pada tahun lepas. Tahun ini, mereka cuba membawa masuk paparan pintar pula.

Harga paparan pintar ini adalah RM999, yang mana dengar agak mahal. Tetapi ada gimik yang menjadikan produk ini unik, iaitu ia juga adalah sebuah tablet Android. Produk ini adalah Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus Generasi Kedua. Ia hadir dengan skrin 10.3″ FHD 330 nits, dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P22T dan dipadankan dengan GPU IMG PowerVR GE8320. Memori pula adalah 4/64 GB degan sokongan kad mikroSD sehingga 1TB mengikut format kad memori.

Turut terbina adalah kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP yang boleh digunakan untuk panggilan video. Terdapat dua mikrofon agar mudah Google Assistant diseru, dan turut mempunyai sistem pembesar suara stereo Dolby Atmos. Pelbagai sensor disediakan seperti sensor cahaya ambien, Hall sensor, sensor pemecut dan lain-lain termasuk dengan enjin getaran. Bateri adalah 5000mAh dengan pengecasan 10W yang didakwa bertahan mencapai 9 jam dalam satu pengecasan.

Paparan pintar yang juga tablet ini dibina dari besi dan menggunakan warna Iro Grey. Android Pie 9.0 adalah sistem operasi pilihan dan turut mempunyai slot kad SIM untuk rangkaian 4G. Setiap pembelian disertakan sekali dermaga untuk sentiasa dicas atau dijadikan sebagai paparan pintar.

Sasaran produk ini adalah untuk mereka yang berada di rumah dan inginkan paparan pintar. Tetapi sambil itu ingin mudah diberikan kepada anak-anak untuk menstrim video, bermain permua dan lain-lain. Ia juga boleh dijadikan alat asas untuk telesidang. Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus Generasi Kedua ini adalah antara paparan pintar rasmi dengan sistem Google dan Google Assistant di Malaysia. Jadi ia juga boleh dijadikan sebagai alat untuk kawalan peranti berhubung.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.