Microsoft Menjadikan Set Kepala AR COD Advanced Warfare Realiti Untuk Kegunaan Tentera A.S
Tujuh tahun lalu saya menulis mengenai teknologi fiksyen dari permainan video COD : Advanced Warfare yang sebenarnya berasaskan teknologi yang sedang dilakukan di dunia sebenar. Setelah hampir sedekad, salah satu teknologi fiksyen tersebut kini sedia digunakan oleh anggota infantri tentera Amerika Syarikat dengan bantuan Microsoft HoloLens.
Microsoft dianugerahkan kontrak bernilai $21.88 bilion (~RM90.62 bilion) selama 10 tahun untuk membekalkan Integrated Visual Augmentation System (IVAS) kepada askar infantri. Seperti di dalam permainan video, IVAS ialah set kepala yang direka khusus untuk medan perang. Anggota tentera dapat melihat peta maya terapung di depan mata dengan pelbagai ciri tambahan seperti melihat menembusi asap, paparan infra merah dan navigasi secara realiti terimbuh.
IVAS menggunakan teknologi yang sebelum ini digunakan pada HoloLens cuma bersaiz lebih kompak dan ringan untuk tidak membebankan leher pemakai. Selain digunakan di medan perang, ia turut boleh digunakan di markah ketika melakukan perancangan pra-misi dengan visual realiti maya menggantikan sand table dan peta 2 dimensi.
Sejak sedekad lalu tentera A.S mula bereksperimentasi dengan penggunaan peranti pintar, rangka luaran, gimbal, skop aimbot dan kaca mata realiti terimbuh pada anjing perang. Untuk menyokong kelengkapan elektronik moden ini, bateri Conformal Wearable Battery (CWB) untuk medan perang turut telah diuji. Keagungan teknologi berbanding musuh telah menjadi tiang seri tentera A.S sejak Perang Dunia Kedua lagi. Ia menggandakan kemampuan menghapuskan musuh dengan memberikan kelebihan yang tidak adil kepada pihak mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment